Kawan / "BFF"
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, sepertimana yg anda lihat tajuk diatas berkenaan dgn kawan baik, bagi pendapat anda apakah makna kawan baik itu atau org kate "BFF"?adakah best friend itu seseorang yg boleh member kita kegembiraan saje..atau yg boleh dibawa bergurau saje…
Sebenarnya , kawan baik itu / "BFF" adalah seseorang yg menghormati dirinya dan juga diri sahabatnya ,sanggup susah bersama dan senang bersama , seorang yg apabila kita membuat kesalahan die akan menegur salah kita,dan yg semestinya seseorang yg sentiasa membawa kita ke jln yg benar.
Untuk mencari kawan yg sebegitu pada zaman ini adalah sesuatu yg amat sukar dicari , saya mengatakan begitu kerana manusia zaman sekarang ini berlumba-lumba untuk mencari orang yg baik untuk menjadikan kawan tetapi jika semua orang tidak menjaga akhlak , peribadi dan tanggungjawab mereka bagaimana hendak ada orang yg baik untuk dijadikan kawan….
Jadi pesanan saya pada diri yg menulis ini juga pembaca2 agar perbaikilah diri dari masa ke semasa kerana manusia ini memang dijadikan oleh allah sentiasa membuat kesilapan dan kesalahan, dan jangan sesekali mengeluh atas apa yg telah diberi kepada kita,tanganilah segala masalah dengan cara yg betul samaada ia melibatkan kawan2 atau keluarga…akhir kata…"fikirlah dahulu sebelom membuat sesuatu"wsslm…
kembali......
salam.....
kepada semua pembaca...saya memohon maaf kerana tidak meng'update' blog ini....selepas ini insyaallah ia akan terus menyumbang segala ilmu yg ada untuk dikongsi bersama.....sekian....
mY rEsULt
salam perantau pd semua yg berada d malaysia n salam sejahtera pd semua yang ad d cni.....
post ini di publish untuk memaklumkan keputusan exam first sem ak......hahahaaaa......result sbnrnye dah kuar lme....tpi x t'ingat nak update kat blog.....rusult ak ni pon teruk ckit....sbb ak malas n ad masaalah teknical ckit....anyway ak dah buat yg t'baik n ni lah hasil yg ak dapat.....agak menyedihkan n memaliukan jugak la ak nak publish ni....tpi just 4 info 4 my friends n relatives......ok....ready??????ladies n gentlemen,start ur engine......
adab al-'alim wal muta'alim = 43%
bahasa arab = 66%
ahkam ibadat = 70%
nahu = 80%
internet = 81%
'ulum quran = 87%
bahasa inggeris = 93%
agreget = 74.3%
so,this is it......teruk kan....doa2kan la ak dpt buat yg t'baik untuk sem 2 ni k......see u then....salam.....
pergi x kembali........
korang mesti dah tau kan,tpi ak cni just nak bgtau n nak luah perasaan,bukan kasih tpi dendam.....bulan ni bulan tersedih ak......bru2 ni arnab belaan ak bru pas mati....yang lg panas 2 pembunuh 2 ad kat dalam umah ak.....rse nak bunuh je balik....tpi kesian plak....nak bunuh x sampai hati...tpi hati menggelegak kalah air tgh masak....dah nak kat sebulan ak bele,bg makan,main ngan die....tibe2 mati.....geram....dah takdir die mati nak wat cmne.....
tpi arnab ak ni mati x yah nak ucap takziah ke bce fatihah ke.....x yah2....kenduri pon munkin ak x buat kot.....nnt klu ak ad gmbr dpe ak post out k......so,until then,see u again...salamualaikum....may allah bless u all....t.q
Islam Itu Lengkap Dan Mudah
islam itu adalah sebuah agama yang sudah lengkap setelah wafatnya utusan allah s.w.t kekasih kita nabi muhammad s.a.w.Dengan mengamalkan ajaran2 yang telah diajar kepada kita maka jadilah kita sebagai mukmin yang sebenar......
Islam juga adalah sebuah agama yang mudah,tetapi mengapa ada sesetengah manusia yang menyusahkan agama ini....kita perlu tahu bahawa allah s.w.t telah menjadikan agama kita ini mudah jadi mengapa kita perlu untuk menyusahkannya....kadangkala kita sendiri tidak perasan akan kesilapan yang kita lakukan malah mencari kesilapan orang lain sehingga ia menyebabkan perkara itu menjadi sesuatu yang 'menyusahkan' kepada kita khususnya dan kepada agama kita amnya.....
Jadi fikirlah dulu sebelum membuat apa2 tindakan samaada dari perbuatan mahupun percakapan kerana ia mungkin akan membawa kepada keburukan na'uzubillah min zalik ataupun kepada kebaikan untuk diri kita atau umat islam amnya....
ibu oh ibu @ mak oh mak
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
tetapi itu semua masih lagi tidak dpt membayar segala-galanya yang telah ibu korbankan.....
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani [1].
Isi kandungan[sorok] |
Sebab berlakunya perjanjian
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai 'Baiátin ridhuan'. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".
Isi Perjanjian Hudaibiyah
- Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
- Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
- Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
- Berkembangnya syiar Islam.
- Kehidupan masyarakat aman dan damai.
- Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
- Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah
- Musyrikin Quraisy semakin lemah.
- Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju..
Pemeluk Islam pertama
As-Sabiqun al-Awwalun adalah orang-orang yang pertama kali masuk Islam atau muslim awal. Kesemuanya sewaktu masuk Islam berada di kota Mekkah.
Etimologi
Akar kalimat as-Sabiqun dalam bahasa Arab adalah dari huruf S-B-Q, Sabaqa (kata kerja) yang artinya mendahulukan, pergi sebelum, lebih dahulu, melampaui, juga berarti "sudah" atau sebelum; aksi pendahulu, bergerak sebelumnya dan sebagainya, contoh:
| “ | Dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang...(An-Nazi'at, 79:4) | ” |
yang artinya melewati atau melampaui. Sabaqa: berpacu (kata kerja). Sabiq: bertindak.[1]
Pendakwahan
Setelah adanya wahyu, surat Al-Muddatsir: 1-7, yang artinya:
| “ | Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Rabbmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Rabbmu, bersabarlah. (QS. Al-Mudatsir 74: 1-7) | ” |
Dengan turunnya surat Al-Muddatsir ini, mulailah Rasulullah berdakwah. Mula-mula ia melakukannya secara sembunyi-sembunyi di lingkungan keluarga, sahabat, pengasuh dan budaknya. Orang pertama yang menyambut dakwahnya adalah Khadijah, istrinya. Dialah yang pertama kali masuk Islam. Menyusul setelah itu adalah Ali bin Abi Thalib, saudara sepupunya yang kala itu baru berumur 10 tahun, sehingga Ali menjadi lelaki pertama yang masuk Islam.
Kemudian Abu Bakar, sahabat karibnya sejak masa kanak-kanak. Baru kemudian diikuti oleh Zaid bin Haritsah, bekas budak yang telah menjadi anak angkatnya, dan Ummu Aiman, pengasuh Muhammad sejak ibunya masih hidup. Setelah mereka, lalu masuk yang lainnya. Abu Bakar sendiri kemudian berhasil mengislamkan beberapa orang teman dekatnya, seperti, Utsman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdurrahman bin Auf, Sa'ad bin Abi Waqqas, dan Thalhah bin Ubaidillah. Dari dakwah yang masih rahasia ini, belasan orang telah masuk Islam.
Dakwah secara siriyyah ini dilakukan selama kurang lebih 3 tahun dan setelah orang Islam berjumlah 40 orang [2], maka turunlah ayat:
| “ | Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (QS. Asy-Syu’ara, 26:214) | ” |
dan juga pada,
| “ | Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.(QS. Al-Hijr ayat 15:94), Sesungguhnya kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu)(QS. Al-Hijr ayat 15:95) | ” |
Muhammad mulai terbuka menjalankan dakwah secara terang-terangan. Mula-mula ia mengundang kerabat karibnya bangsa Quraisy dalam sebuah jamuan. Pada kesempatan itu ia menyampaikan ajarannya.
Namun ternyata hanya sedikit yang menerimanya. Sebagian menolak dengan halus, sebagian menolak dengan kasar, salah satunya adalah Abu Lahab dan istrinya Ummu Jamil. Mereka sangat membenci ajaran yang dibawa oleh Muhammad.
Madrasah Pertama
Muhammad mulai merasa perlu mencari sebuah tempat bagi para pemeluk Islam dapat berkumpul bersama. Di tempat itu akan diajarkan kepada mereka tentang prinsip-prinsip Islam, membacakan ayat-ayat Al-Qur'an, menerangkan makna dan kandungannya, menjelaskan hukum-hukumnya dan mengajak mereka untuk melaksanakan dan mempraktikkannya. Pada akhirnya Muhammad memilih sebuah rumah di bukit Shafa milik Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua kegiatan itu dilakukan secara rahasia tanpa sepengetahuan siapa pun dari kalangan non-muslim.
Rumah Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam ini merupakan Madrasah pertama sepanjang sejarah Islam,[3] tempat ilmu pengetahuan dan amal saleh diajarkan secara terpadu oleh sang guru pertama, Muhammad Rasulallah. Beliau sendiri yang mengajar dan mengawasi proses pendidikan disana.
Daftar Muslim Awal
Ibnu Hisyam pernah menulis 40 nama as-sabiqun al-awwalun. Beliau menulis Khadijah dalam nomor urut pertama, Asma' di nomor urut 18, dan Aisyah di nomor urut 19. Umar Ibn Khattab berada jauh di bawah Aisyah.[4]
Yang termasuk As-Sabiqun Al-Awwalun adalah:
Khadijah, Zaid bin Haritsah, Ali bin Abi Thalib, Abu Bakar Al-Shiddiq, Ummu Aiman, merekalah orang yang pertama kalinya mengucap kalimat dua syahadat, lalu menyebar ke yang lainnya. Kesemuanya berasal dari kabilah Quraisy.
Daftar di atas tersebut, tidaklah sesuai dengan kronologis urutan sejarah aslinya, dikarenakan penyebaran Islam ini awalnya secara rahasia, maka terlalu sulit untuk mencari siapa saja yang terlebih dahulu memeluk Islam, setelah lima besar pemeluk Islam.
Profesi
Kalangan as-sabiqun al-awwalun terdiri dari beberapa lapisan golongan masyarakat, terdiri dari pemuka adat, pemimpin suku, panglima perang, ibu rumah tangga, anak-anak, majikan, saudagar, pengusaha, pedagang, petani, peternak binatang, pelayan rumah tangga, orang merdeka, budak.
Para budak banyak yang tertarik dengan prinsip yang diajarkan oleh Islam, yaitu tentang kesetaraan manusia di hadapan Allah, Rasulallah mempersaudarakan sebagian muslim dari golongan aristokrat Quraisy dengan sekelompok muslim lain yang dari golongan budak. Tidak ada perbedaan antara yang kaya dan miskin, kuat maupun lemah, merdeka maupun budak, Arab maupun non-Arab, semua setara. Menurut kaca mata Islam, Allah tidak pernah melihat umat-Nya berdasarkan profesi/ pangkat dan jabatan seseorang, yang Dia nilai hanya iman dan taqwa hamba-Nya.
Tugas
As-Sabiqun al-Awwalun yang Salaf, di samping mengajak bertauhid, beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melakukan keadilan dan amal kebaikan, menjauhi kekejian, meninggalkan penyembahan terhadap berhala, menjunjung tinggi kesetaraan/ kemerdekaan manusia, mencegah keburukan, melarang kemusyrikan, juga secara aktif merubah kemunkaran dan kezaliman dengan tangan jika tidak mempan boleh menggunakan lisan. Secara bersama-sama ikut dalam pertahanan bela agama, menyiapkan infanteri, kavaleri, artileri, strategi, logistik yang dapat menggentarkan musuh kaum muslim.
Surga Bagi As-Sabiqun al-Awwalun
Menurut kepercayaan Islam, As-Sabiqun al-Awwalun akan mempunyai tempat tinggal yang mulia, Surga Jannatun Na'im.
| “ | Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan mereka pun rida kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar (QS. At-Taubah ayat 9:100) | ” |
Diperkuat oleh dalam hadits mutawatir yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari tentang tiga masa yang mendapatkan kemulian dan keutamaan muslim dan lain-lainnya, dimana Rasulullah:
| “ | خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi setelahnya, kemudian generasi setelahnya”. Sahih Bukhari [1] | ” |
SUSU IBU !!!!!!
ni kisah benar dan menarik nih! Baik kamu semua baca ! Saya terima email dari kawan.. moga2 cerita ni betul2 sahih dan bukan rekaan..Citer dia camni ... ..
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le... . Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah... bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
Saya Mestilah Memahami Cara2 Beramal Di Dalam Islam
Bab 4
Fathi Yakan
Penggabungan saya dalam gerakan Islam mewajibkan saya mengetahui mengapakah saya berada di dalam Harakah Islamiah (gerakan Islam) dan tidak bersama organisasi lain? Apakah sebab-sebab yang menjadikan saya berada di dalamnya? Mengapa saya tidak berada di dalam organisasi lain? Apakah sebab-sebab yang menjadikan saya berada di dalamnya? Mengapa saya tidak berada di dalam organisasi lain? Apakah ini satu kebetulan (sedangkan kebetulan adalah tertolak oleh logik Syariat Islam) atau ia adalah hasil dari penelitian dan pilihan saya sendiri?
Saya mesti memahami cara-cara atau jalan pergerakan dalam Harakah Islamiah supaya penggabungan saya dengan Harakah Islamiah adalah penyertaan yang dibuat atas dasar kesedaran dan pemikiran yang sihat, bukan penyertaan secara membuta-tuli atau kerana sesuatu keinginan.
Apabila saya menggabungkan diri dengan Harakah Islamiah saya mestilah mengetahui bahawa cara bergerak dalam gerakan-gerakan lain dan organisasi yang berbagai bentuk tidaklah mencerminkan garis dasar Islam sebenarnya. Tidak ada satupun dari organisasi-organisasi itu sendiri terdapat perbezaan yang besar dari sudut iltizam sama ada dalam soal prinsip mahupun soal cabang.
Pada hakikatnya orang yang memerhatikan seluruh alam Islami akan melihat wujudnya pertubuhan Islam berbagai bentuk dan aliran.
1. Kelompok Yang Menjurus Kepada Kerohanian.
Kita dapati wujud badan-badan yang kegiatan-kegiatannya menjuruskan kepada soal-soal kerohanian semata-mata di mana mereka menitikberatkan pendidikan kerohanian sahaja. Manakala bidang-bidang yang lain tidak langsung mendapat perhatian sedangkan bidang-bidang itu dipandang penting oleh Islam seperti bidang pemikiran, siasah (politik), jihad, organisasi, perencanaan, perancangan dan seumpamanya. Pendekatan dan fahaman demikian menyebabkan mereka terpisah jauh dari realiti kehidupan, tidak memahami keadaan persekitaran tempat mereka hidup dan tidak mungkin (diadakan sesuatu usaha) yang memberikan kesan dan mengubah suasana tersebut.
2. Kelompok Yang Menjurus Kepada Kebudayaan dan Ilmu.
Kita juga dapat wujudnya badan-badan yang kegiatannya menjuruskan kepada kebudayaan dan ilmu pengetahuan semata-mata, yang pada asalnya muncul dari sikap ingin bertindak-balas atau keinginan berlumba-lumba dengan pertubuhan-pertubuhan lain (seperti pertubuhan Kristian dan Yahudi). Antara lain pertubuhan yang mengikut aliran-aliran ini ialah Syubbanul Muslimin. Kemunculan cara ini menyebabkan mereka turut bertitik-tolak di atas pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana tekanan dan terpengaruh dengan tradisi pertubuhan-pertubuhan berkenaan. Bahkan terdapat kelompok-kelompok Islam di dalam aliran ini dalam banyak keadaan memberikan kerugian kepada Islam kerana gerak-kerjanya adalah selari dengan pertubuhan-pertubuhan yang terang-terang menentang Islam dan penganutnya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini sudah tentu tidak diterima oleh Syariat Islam yang bersifat tersendiri dan berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain.
3. Kelompok Yang Menjuruskan Kepada Kebajikan Semata-mata.
Kita juga dapat wujud kelompok yang bergiat dalam bidang kebajikan kerana terasa tekanan perlunya memberi bantuan kepada golongan yang menderita dan memberi bantuan perubatan kepada para pesakit dan golongan yang melarat sebagaimana yang dilakukan oleh "Jamaah Makarimul Akhlak" yang bergiat memperbaiki akhlak, persatuan pertolongan cemas, mendirikan rumah anak-anak yatim dan seumpamanya. Jamaah-jamaah ini sekalipun telah melakukan kerja-kerja yang dituntut oleh Islam dan patut disanjung namun jamaah ini terus kekal dalam lengkungan kerja-kerja asal penubuhannya sahaja, tidak lebih dari itu. Oleh itu ia tidak mungkin dianggap sebagai sebuah harakah yang berusaha membawa perubahan yang bermatlamatkan menegakkan masyarakat Islam dalam mengembalikan cara hidup Islam.
4. Parti-parti Yang Menumpukan Kepada Kegiatan Politik Semata-mata.
Terdapat juga juga parti-parti politik Islam yang menjuruskan kegiatan-kegiatan mereka kepada politik semata-mata. Pertubuhan-pertubuhan ini bergiat dengan kegiatan-kegiatan tertentu sahaja, tidak mempelbagaikannya atau melewatinya. Mereka bergerak atas nama Islam tetapi tidak menjadikan ciri-ciri akidah sebagai asas jamaah (organisasi) mahupun sebagai pegangan individu anggotanya. Pertubuhan-pertubuhan ini ada kalanya tidak segan silu melanggar prinsip-prinsip Islam atau keluar dari perkara-perkara pokok dengan alasan mengambil jalah rukhsah (felxibility) atau keanjalan dan keterbukaan ajaran Islam atau dengan memberi alasan langkah demikian adalah untuk maslahah atau untuk kepentingan umat Islam. Di antara contoh amalan-amalan di atas ialah turut serta di dalam gerak kerja kerajaan yang mengamalkan sistem ciptaan manusia yang kafir atau mengutamakan masalah-masalah cabang dan ranting dengan amal kerja secara habis-habisan manakala tuntutan-tuntutan asasi yang menjadi suruhan Islam diabaikan.
Sesungguhnya badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan parti-parti politik Islam yang disebut di atas, semuanya tidak mengamalkan amal Islami yang tulin, sempurna lagi menyempurnakan, iaitu amal-amal yang mampu membawa perubahan dari alam jahiliah kepada alam Islam, amal yang dapat menyelamatkan dunia Islam dari cengkaman dan belenggu peradaban barat yang zalim dan pemerintahan barat yang melampau, amal-amal yang mampu membentuk peribadi-peribadi muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim dan akhirnya menegakkan sebuah negara yang memerintahkan dengan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Oleh yang demikian segala kerja-kerja yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan tersebut tetap berada di dalam keadaan yang cacat dan tempang. Malah lebih dari itu sebahagian kerja-kerja mereka di atas nama Islam itu merosakkan Islam. Kegiatan dan kerja-kerja yang bersifat juz'ie, sempit dan tidak syumul yang dijalankan oleh pertubuhan-pertubuhan seperti pertubuhan-pertubuhan tersebut memberikan gambaran bahawa Islam itu bersifat juz'ie, sempit dan tidak syumul sedangkan ajaran Islam tidaklah bersifat sedemikian. Amalan secara sedemikian juga boleh memberikan gambaran yang undang-undang ciptaan manusia itu tidak berbahaya sehingga dengan demikian padamlah rasa marah yang meluap-luap umat Islam terhadap sistem dan undang-undang tersebut. Sikap sedemikian membantu sistem tersebut untuk terus berjalan dan tetap kekal (mencengkam masyarakat umat Islam).
Sebenarnya amal Islam yang ditegakkan di atas dasar untuk membawa perubahan yang menyeluruh, yang membuat persediaan-persediaan untuk melakukan perubahan yang menyeluruh, yang membawa keseluruhan ajaran Islam dan berusaha menegakkan Islam secara keseluruhan pula meskipun ianya tidak berjaya sepenuhnya pada suatu peringkat dan mengalami kesulitan pada suatu peringkat yang lain, ia tetap merupakan amal yang betul dan selaras dengan garis-garis asal ajaran Islam, walau apapun nama yang diberikan kepada pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana seluruh amal-amal tersebut bertemu kerana suatu fahaman, satu uslub (cara), satu jalan, satu matlamat sekalipun pertubuhan-pertubuhan tersebut berada dalam wilayah yang berlainan dan berjauhan.
Imam Hassan Al-Banna telah menerangkan secara jelas ciri-ciri golongan tersebut. "Saudara-saudara sekalian! Kamu bukanlah sebuah pertubuhan kebajikan, bukanlah sebuah pertubuhan politik, bukanlah satu pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, tetapi kamu adalah satu roh baru yang mengalir di dalam urat nadi umat ini, lalu kamu menghidupkan mereka dengan Al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar, yang dapat menghilangkan kegelapan fahaman kebendaan dengan makrifat kepada Allah dan kamu adalah suara-suara lantang yang akan menghidupkan kembali dakwah Rasulullah s.aw".Apa Ertinya Saya Menganut Islam.............
Yusuf Islam buat lagu mengenai Gaza
BAITULMAQDIS: Pemuzik terkenal yang dulunya dikenali sebagai Cat Stevens menerbitkan lagu tema kebajikan kelmarin bagi membantu kanak-kanak mangsa kezaliman Israel di Gaza.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, penyanyi kelahiran London yang kini dikenali dengan Yusuf Islam selepas memeluk Islam merakamkan lagu George Harrison, The Day the World Gets Round, bersama-sama pemain gitar bass Jerman dan bekas anggota The Beatles, Klaus Voorman.
Semua keuntungan daripada lagu itu akan diderma kepada agensi PBB yang bertanggungjawab di atas hal ehwal pelarian Palestin, UNRWA dan kumpulan kebajikan sukarela, Save the Children, untuk disalurkan terus bagi membantu penduduk Gaza.
Pegawai Gaza berkata, 280 daripada 1,285 penduduk Palestin yang maut dalam serangan oleh tentera Israel adalah kanak-kanak. Golongan itu membentuk 56 peratus daripada 1.4 juta penduduk wilayah berkenaan.
Dalam laman webnya, Yusuf menjelaskan beliau berharap lagu itu dapat ‘membantu mengingatkan orang ramai mengenai keagungan cinta, keamanan dan kegembiraan yang boleh dikongsi apabila berkumpul untuk melihat perang yang sia-sia dan prejudis, dan mula mengubah cara bodoh kita.’
UNRWA berkata, operasi bantuan dapat membantunya meneruskan kerja penting di Semenanjung Gaza.
Cat Stevens menjual lebih 60 juta album dalam karier muzik prolifik yang termasuk lagu popular, Wild World, The First Cut is the Deepest dan Peace Train. Pada 1977, beliau memeluk Islam, menukar nama dan menjauhkan diri dari muzik popular.
Pihak berkuasa Israel melarang beliau memasuki wilayah itu dua kali kerana disyaki memberi wang kepada kumpulan kebajikan yang dikaitkan dengan militan Islam.
Yusuf menimbulkan kontroversi pada 1989 dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menyokong fatwa Iran membunuh penulis Salman Rushdie. Beliau kemudian berkata kenyataan disalah faham.
Obama ikrar dunia Islam bukan musuh Amerika
Presiden mahu kunjungi kota negara Islam sampaikan mesej
WASHINGTON: Presiden Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa Amerika Syarikat (AS) bukan musuh mereka dan memperbaharui ikrar untuk mengunjungi sebuah ibu kota negara Islam untuk menyampaikan mesej itu.
Obama berkata beliau pernah tinggal di Indonesia selama beberapa tahun ketika kecil dan lawatan beliau ke negara Islam meyakinkannya bahawa semua orang, tidak kira fahaman masing-masing, memiliki harapan dan impian yang sama.
"saya mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam. Saya pernah hidup di negara Islam."
"Tugas saya kepada dunia Islam ialah untuk meyakinkan mereka Amerika Syarikat bukanlah musuh...kami kadang kala silap, kami bukannya sempurna," kata Obama dalam satu temubual dengan rangkaian televisyen satelit, Al-Arabiya.
"Tetapi jika anda melihat kepada sejarah... Amerika bukanlah kuasa kolonial dan tidak ada sebab kita tidak boleh kembalikan hubungan serta penghormatan di antara Amerika dengan dunia Islam seperti 20 atau 30 tahun lalu.
Ketika kempen pilihan raya 2008 Obama berikrar untuk meningkatkan hubungan Amerika Syarikat dengan dunia Islam dan berkata bahawa beliau akan ke satu forum Islam utama di luar negara untuk menghantar mesej.
"Kita akan merealisasikan komitmen agar saya berucap kepada dunia Islam dari satu ibu negara Islam," kata Obama dalam satu temubual.
Obama bagaimanapun tidak memberikan masa atau tempat bagi lawatannya itu ke sebuah ibu kota Islam.
Sementara itu, wakil khas AS ke Asia Barat, George Mitchell memulakan misinya dengan kunjungan ke Kaherah semalam selepas mendapat arahan daripada Obama supaya berusaha keras untuk mencapai perkembangan dalam rundingan damai di antara negara Arab dan Israel.
alkisah pak pandir....
Cerita Pak Pandir
Dari seorang teman...Pak Pandir Stories 2
Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?""Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.==================================
Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis."Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."==================================
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?Penjual : Ada.Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......=================================
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...=================================
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..=================================
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia punKerani : Di faks ini ada setem.....==================================
pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....=================================
pak pandir: mak andih.. oo mak andih..mak andih : ya bang.. awat nya?pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas ktdapoq tu..mak andih : pisang tak masak lagi bang..pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?mak andih : ????=================================
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:"Panasnya dalam helikopter ini ...".Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."================================
Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ..."Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"=================================
Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ..."Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."=================================
Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ..."Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..
Pemimpin Arab bantu pulih Gaza
SEORANG lelaki meletakkan bendera Palestin di rumah keluarganya yang musnah. |
Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b
BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.
"Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.
Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu.
Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta).
Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.
| SEORANG penduduk Palestin melihat rumah yang musnah dan ranap akibat serangan tentera Israel. |
Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit.
Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak.
Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza.
Akhirnya.....
Israel gagal capai matlamat di Gaza
Serangan dihenti selepas Zionis, Hamas setuju patuhi gencatan senjata secara bersendirian
BANDARAYA GAZA: Gaza mulai menikmati ketenangan bagi malam kedua semalam apabila askar Israel berundur selepas mengasak wilayah Palestin itu selama 22 hari, berikutan persetujuan rejim Yahudi itu dan Hamas untuk mengadakan gencatan senjata secara bersendirian.
Israel menyatakan ia berhasrat meninggalkan Gaza seberapa segera yang boleh selepas melakukan serangan maut paling dahsyat sehingga mengakibatkan kemusnahan teruk di Gaza, pertempuran yang disifatkan oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sebagai 'kemenangan hebat'.
"Kami sudah berjaya menghentikan serangan dan pihak musuh gagal mencapai matlamatnya," katanya.
Sementara itu di Tel Aviv, seorang Ahli Parlimen Israel, Yisrael Katz mengakui mengenai kegagalan serangan tentera Zionis itu ke atas Semenanjung Gaza, dan menegaskan bahawa Israel tidak mencapai matlamatnya dalam pertempuran yang mengakibatkan ratusan askarnya cedera.
| FOUAD SAMONI meratapi kematian sepupunya, Walid Samoni dalam serangan Israel. |
Katz berkata tindakan tentera di Gaza tidak berjaya selepas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan gencatan senjata bersendirian.
Negara Zionis itu juga tidak berjaya menghapuskan kekuatan kumpulan penentang Palestin mahupun mencapai hasratnya agar pembekalan senjata ke Gaza dihentikan.
Negara haram Zionis itu juga gagal membebaskan askarnya, Gilad Shalit, menurut sidang akhbar al-Qassam, sayap udara Hamas dalam laman webnya semalam.
Al-Qassam juga memetik akhbar The Observer di London sebagai melaporkan pertempuran di Gaza mengakibatkan kekalahan moral kepada negara Yahudi itu.
| WANITA ini bersama anaknya di atas runtuhan rumah mereka. |
Dalam pada itu anggota perubatan di Semenanjung Gaza mengambil kesempatan gencatan senjata untuk mencari mangsa di tempat yang sukar dicapai, dan mengeluarkan sekurang-kurangnya 98 mayat dari timbunan runtuhan, termasuk beberapa kanak-kanak.
Penemuan lebih banyak mangsa maut menjadikan jumlah mereka yang terkorban dalam serangan Israel itu sejak 27 Disember lalu kepada lebih 1,300 orang, kata pegawai perubatan.
'Israel gagal, Hamas bertahan'
DI SEBALIK kerancakan membedil Gaza dan membunuh penduduk Palestin dengan sewenang-wenangnya, pegawai kanan tentera Israel sebenarnya percaya negara itu perlu segera mencapai gencatan senjata dengan Hamas dan tidak melanjutkan serangan ke atas pergerakan itu.
Akhbar Haaretz melaporkan, walaupun tentera Yahudi sudah membuktikan kemampuannya melancarkan pembunuhan beramai-ramai berskala besar, ia juga terbukti gagal menghapuskan Hamas.
Pegawai tentera juga mengaku, kejayaan yang dicapai Israel dalam serangan yang masuk hari ke-21 itu cuma terhad di Gaza.
Jurucakap kumpulan pemikir Palestin, Gilad Atzmon, berkata pembunuhan penduduk awam menerusi serangan udara dan kapal perang serta imej penggunaan senjata kimia forforus jelas menunjukkan Israel gagal mencapai objektif mereka.
“Jeneral Israel memang baik dalam melakukan jenayah perang, tetapi mereka gagal dari segi lain. Ahli politik rejim itu pada awalnya bersumpah untuk memusnahkan Hamas tetapi kemudian merendahkan nada dengan cuma berjanji memusnahkan kawasan pelancaran roket pergerakan itu.
“Ia dibuat ketika memberi jaminan kepada pengundi Israel bahawa kali ini mereka akan berperang sehingga Hamas hancur. Nampaknya, mereka memungkiri janji sekali lagi,” kata Atzmon.
Beliau berkata, Hamas masih kukuh malah mendapat sokongan lebih padu daripada penduduk Palestin berbanding dulu.
“Mesej bertahan Hamas sudah tersebar ke seluruh dunia Islam. Minggu lalu saya berarak dengan kira-kira 100,000 penunjuk perasaan di London. Sokongan kepada Hamas begitu jelas. Ia tertera pada sepanduk, bendera, lilitan kepala dan pembesar suara.
“Hari ke-21 serangan dilancarkan, bukan hanya Hamas tidak dapat dikalahkan, kemampuan melancarkan
roket juga nampaknya tidak terjejas.
“Hari demi hari, pejuang Hamas semakin berjaya mengingatkan pendatang Yahudi di Ashdod, Ashkelon dan Sderot bahawa mereka sebenarnya menetap di atas tanah penduduk Israel yang dirampas. Berikan Hamas masa dan serangan peluru berpandu menjadi mesej ke setiap sudut tanah Palestin yang dirampas,” katanya.
Atzmon berkata, Israel kini terdesak mencari strategi keluar kerana Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, sedar tentera daratnya perlukan masa untuk mencapai matlamat sedangkan mereka memerlukannya dengan segera berdasarkan tindakan berkumpul di kawasan terbuka hingga terdedah kepada serangan Hamas.
“Israel terus gagal kerana sejak beberapa hari lalu, bilangan tenteranya yang maut semakin ramai dan usaha meningkatkan serangan di Gaza berdepan tentangan hebat,” katanya.
"Hari demi hari, pejuang Hamas semakin berjaya mengingatkan pendatang Yahudi di Ashdod, Ashkelon dan Sderot bahawa mereka sebenarnya menetap di atas tanah penduduk Palestin yang dirampas” Gilad Atzmon.
KRONOLOGI
27 Disember 2008: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Hamas di Semenanjung Gaza menerusi Operasi ‘Cast Lead ’dalam usaha menghalang serangan roket pejuang, termasuk mengebom terowong di sempadan Mesir-Gaza.
31 Disember: Roket dilancarkan dari Gaza mendarat lebih 40 kilometer di dalam wilayah Israel. Pegawai kanan Hamas, Nizar Riyan, gugur dalam serangan udara rejim Zionis keesokannya.
3 Januari 2009: Tentera darat Israel menceroboh Semenanjung Gaza, mengepung Bandaraya Gaza dan mengawal lebuh raya utama, membahagikan wilayah itu kepada dua bahagian. Dua hari kemudian, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, menolak desakan Kesatuan Eropah supaya mengadakan gencatan senjata segera.
6 Januari: Tentera Israel berkata tiga askarnya maut terkenal bedilan kereta kebal sendiri. Serangan Israel dekat tiga sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengorbankan 48 orang, kata pasukan perubatan sebelum menggantung sementara serangan untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza. Hamas berkata akan menghentikan serangan roket ke Israel jika serangan dihentikan.
8 Januari: Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi meluluskan gencatan senjata segera di Gaza yang membawa kepada ‘pengunduran sepenuhnya’ tentera Israel. Agensi utama PBB yang beroperasi di Gaza menggantung operasi selepas konvoi badan dunia itu dibedil peluru kereta kebal.
9 Januari: Bantahan anti-Israel diadakan di seluruh dunia Arab. Pusingan baru rundingan diplomatik dilancarkan di Kaherah, dengan Mesir menjadi hos rundingan berasingan dengan Presiden Mahmoud Abbas dan delegasi Hamas.
11 Januari: Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, berkata Israel menghampiri matlamatnya - tetapi pertempuran berterusan. Hamas semakin menghampiri kemenangan, kata ketua kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh.
14 Januari: Tiga roket dibedil ke utara Israel dari Lubnan dalam serangan kedua dalam masa tidak sampai seminggu. Tiada kematian dilaporkan.
15 Januari: Satu bahagian hospital di Bandaraya Gaza musnah diserang tentera Yahudi. Agensi PBB bagi pelarian Palestin menggantung operasi di Gaza selepas serangan Israel yang mencederakan tiga orang. Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam, gugur dalam serangan udara tentera rejim.
16 Januari: Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel sebagai pertukaran pengunduran tentera Yahudi dari Gaza dan menamatkan kepungan ke atas wilayah itu. Angka korban penduduk Palestin sejak 27 Disember mencecah sekurang-kurangnya 1,333 dengan 5,130 cedera, menurut pasukan perubatan Gaza.
Di pihak Israel, 10 anggota tentera dan tiga penduduk awam terbunuh. Pegawai pertahanan Israel, Amos Gilad, kembali ke Kaherah untuk rundingan gencatan senjata; Livni ke Washington. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata gencatan senjata semakin hampir dicapai.
Azan tetap bergema di Gaza
Jemaah tidak gentar serangan bom Israel bersolat di atas runtuhan masjid
GAZA: Serangan udara bertali arus yang dilancarkan tentera Israel langsung tidak menakutkan penduduk Islam Palestin yang bergegas ke masjid sebaik mendengar azan dilaungkan untuk bersolat jemaah.
Walaupun sukar mendengar azan di tengah kebisingan pesawat tempur rejim Zionis yang berlegar, orang ramai membanjiri masjid di seluruh kawasan penempatan Sheikh Radwan di barat Gaza.
Dalam cuma beberapa minit, mereka bercampur dengan jemaah lain yang tidak gentar dengan pengeboman Israel.
“Sebaik mendengar azan, penduduk segera datang. Kami bersolat di atas runtuhan masjid ini,” kata imam masjid di kawasan penempatan itu.
Seperti yang lain, masjid Al-Taqwa hampir musnah selepas menjadi sasaran tentera Yahudi. Lebih 50 masjid dimusnahkan oleh Israel dalam serangan ke atas wilayah berpenduduk padat itu.
Serangan paling buruk ialah ke atas masjid Ibrahim Al-Maqadma ketika waktu solat, menyebabkan 16 jemaah gugur dan ramai lagi cedera.
Namun di seluruh Gaza, masjid yang dibom tetap berfungsi lima kali sehari.
“Pada hari serangan tentera rejim memusnahkan masjid, kami ketakutan tetapi mendengar laungan azan pagi berikutnya, semangat kami pulih kembali.
“Masjid akan tetap penuh tidak kira apa yang berlaku. Kami tidak akan membenarkan penceroboh mengosongkan ia,” kata imam masjid Kholafa Rashedeen di utara Gaza, Awad Al-Sha`er.
“Tinggal di rumah bukan jaminan nyawa akan selamat. Jika sudah sampai masanya, kita tetap akan mati,” katanya.
Masjid yang dibom mencabar mesin tentera Israel bukan hanya dengan menghimpunkan jemaah tetapi juga dengan membantu menyembuhkan kesakitan yang dirasai penduduk.
“Sejak perang bermula, masjid semakin tekad membantu penduduk,” kata imam masjid Al-Bukhari, Mohammed Ashour.
Seperti masjid lain di wilayah itu, Ashour mengetuai masjidnya melancarkan kempen mendekati keluarga yang memerlukan.
Sukarelawan melawat rumah di kawasan penempatan untuk menawarkan makanan dan minuman kepada keluarga yang kesukaran mendapatkan bekalan dalam suasana keperitan itu.
Ahmadinejad tegur dunia Arab membisu
Mahmoud Ahmadinejad
Negara Teluk gagal henti serangan Israel
TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam menegur pemimpin dunia Arab kerana mengambil sikap berdiam diri dalam isu Gaza termasuk mereka yang memberi sokongan kepada Israel.
Iran juga menuduh sesetengah negara Arab tidak melakukan secukupnya bagi menghentikan serangan Israel.
Pandangannya mengenai isu di Gaza itu terkandung dalam surat yang dikirim kepada Raja Abdullah dari Arab Saudi.
Iran dengan secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Hamas di Gaza sementara sesetengah negara Barat dan Arab cuba menyisihkan pergerakan berkenaan.
"Malangnya, sesetengah negara serantau, Islam dan Arab memberi sokongan atau sanggup bertoleransi dengan pembunuhan beramai-ramai ini dengan secara senyap," tulis Ahmadinejad.
Suratnya disiarkan dalam laman web Presiden (www.president.ir) sehari selepas Raja Arab Saudi itu memanggil sidang tergempar pemimpin negara Arab Teluk.
Dalam satu mesej lain, Ahmadinejad mengambil langkah luar biasa dengan menyeru askar Israel supaya tidak mematuhi arahan komander mereka. Beliau juga menggesa 'penduduk di kawasan pendudukan di Palestin', merujuk kepada rakyat Israel dan Palestin, supaya membantah dengan secara terbuka.
Israel menuduh Iran membekalkan senjata kepada Hamas. Teheran pula berkeras bahawa ia hanya memberi bantuan kewangan, kemanusiaan dan sokongan moral.
"Anda askar rejim Zionis...Kenapa anda membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah? Masa sudah tiba bagi anda membantah komander anda dan melanggar arahan mereka," katanya dalam mesej keduanya, yang juga disiarkan dalam laman webnya.
Israel bedil pejabat, gudang bekalan PBB
Ehud Barak minta maaf kepada Ban Ki-moon
BAITULMAQDIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon menyatakan 'bantahan keras dan kemarahan' terhadap tindakan Israel membedil pejabat pelarian dan gudang badan dunia itu di Bandaraya Gaza, semalam.
Ban yang berada di Israel menuntut siasatan terhadap serangan itu.
Beliau berkata, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, memberitahunya pengeboman itu adalah satu 'kesilapan besar.'
Bedilan Israel berkenaan merosakkan ibu pejabat PBB di Bandaraya Gaza, kata saksi dan pegawai badan dunia itu.
Jurucakap PBB, Chris Gunness berkata sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam serangan berkenaan.
Sementara itu di KAHERAH, Mesir dan Hamas dilaporkan hampir mencapai persetujuan bagi gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan pergerakan itu di Gaza, yang mengakibatkan lebih 1,100 orang terkorban.
Pegawai Mesir dan Hamas melahirkan harapan bahawa satu persetujuan bagi gencatan senjata sementara akan dicapai tidak lama lagi dan dikemukakan kepada Israel. Walaupun jika semua pihak bersetuju, rundingan lanjut masih perlu diadakan bagi membincang pertikaian sampingan mengenai pengawalan di sempadan Gaza bagi memastikan perdamaian itu bertahan lebih lama.
"Kami sedang berunding dengan Hamas dan juga Israel. Kami berharap dapat mencapai hasilnya tidak lama lagi," jurucakap Kementerian Luar Mesir, Hossam Zaki memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Pertempuran berlaku lagi awal semalam di utara dan selatan bandaraya. Tujuh orang terkorban dalam dua serangan udara berasingan. Pegawai hospital berkata, empat anggota Hamas maut dalam serangan udara sejurus selepas tengah malam di selatan Gaza dan tiga orang terkorban sejam kemudian di Bandaraya Gaza.
Dua anggota bomba turut terkorban dalam satu serangan lain ketika mereka sedang memadamkan api di sebuah bangunan kediaman yang terbakar di utara Bandaraya Gaza kelmarin. Bangunan berkenaan sebelum itu ditembak menyebabkannya terbakar.
Setakat ini serangan Israel ke Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,100 rakyat Palestin terkorban, kira-kira separuh daripada mereka orang awam, termasuk 300 kanak-kanak dan remaja, kata Dr Moaiya Hassanain daripada Kementerian Kesihatan Gaza.
Angka kematian itu termasuk 68 rakyat Palestin yang terkorban akibat kecederaan. Lebih 4,500 rakyat Palestin juga cedera, kata pegawai perubatan. Kira-kira 13 rakyat Israel terbunuh, empat akibat terkena bedilan roket dari Gaza.


