ISRAEL KETEPI GESAAN DUNIA

Tolak gencatan segera, guna YouTube tunjuk serangan

BAITULMAQDIS: Israel menolak untuk menghentikan serangan tetapi sedia mempertimbangkan gencatan senjata kekal ketika pesawat Zionis terus membedil sasaran Hamas pada hari ke-5, manakala pejuang Palestin membalas dengan melancarkan serangan roket bertalu-talu ke negara Yahudi itu.

Selain itu, Israel menghantar rakaman serangan udara dan serangan lain terhadap militan Hamas di Semenanjung Gaza kepada YouTube.



Jurucakap Jabatan Pertahanan Israel (IDF) berkata, ia bertujuan 'menghantar mesej' kepada dunia. Video serangan itu ditonton kira-kira 26,000 kali.



Ketika Kabinet keselamatan Israel bersidang di Tel Aviv untuk mempertimbangkan cadangan antarabangsa mengenai perjanjian damai, pegawai kanan kerajaan itu berkata, negara Yahudi itu tidak akan bersetuju dengan tawaran Perancis untuk menghentikan serangan selama 48 jam.

"Cadangan Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner, supaya diadakan gencatan senjata sementara tidak berguna kerana Hamas tidak akan berhenti daripada melancarkan serangan roket ke Israel," katanya.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, negara Yahudi itu hanya akan memikirkan gencatan senjata kekal sekiranya Hamas menghentikan serangan roketnya terlebih dulu.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert, berbincang dengan Menteri Luar dan Menteri Pertahanannya mengenai cadangan Perancis itu, lewat kelmarin.

Sementara itu, tentera berkata, jet Israel terus menyerang sasaran Hamas menerusi Gaza dan melakukan lebih 35 serangan pada waktu malam yang mensasarkan pejabat kerajaan Hamas, pusat simpanan senjata dan terowong penyeludupan.

Sejak Sabtu lalu, serangan Israel sudah membunuh lebih 390 orang termasuk 42 kanak-kanak dan mencederakan 1,900 mangsa lain. Serangan itu menyebabkan beberapa pemimpin kanan Hamas terbunuh manakala aset pergerakan itu musnah.

Bagaimanapun, serangan itu menyebabkan Hamas terpaksa bertindak balas dengan melancarkan 20 serangan roket pagi semalam.

Sehingga lewat kelmarin, pergerakan bersenjata Hamas berjaya melancarkan lima serangan roket sehingga ke pekan Beersheva yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Gaza.

Sejak Israel mula menyerang, pejuang Islam sudah melancarkan lebih 250 roket ke Israel sehingga menyebabkan tiga penduduk awam dan seorang askar terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera.

TenTang kU.....


P1110152
nama ak MUHAMMAD NAQEEB BIN SAMSUDIN BIN DAHALAN , ak b'asal dri SELANGOR , MALAYSIA , kat situ la 'rumahku syurgaku' ,ak d lahirkan pada 13/12/1989 di KUALA LUMPUR , aku adalah anak ke-2 dri 5 org adik beadik , dalam hidup ni ak minat sangat main PING PONG(TABLE TENIS) & BOLA SEPAK(FOOTBALL) ,msti ramai yg suke main kan .....cita2 ak adalah menjadi DOKTOR tp ak x mmpu , so skrg ni dah ad cita2 bru iaitu menjadi USTAZ , ak nk bimbing diri aku dan membimbing keluarga serta masyarakat supaya menjadi sekurang-kurangya ingat siapa pencipta alam ini supaya nnt boleh menjawab soalan tuhan di akhirat sana...AMIN.....ak diberi pendidikan awal di sekolah rendah islam hira'(1996-2001) , sekolah menengah islam kiblah(2003) , maahad tahfiz al-quran wal-qiraat adin(2004-2008) , dan skarng di pusat bahasa nil,mesir...haa...ape lagi nak tau....tujuan ak buat blog ni 1.untuk ak mantopkan bhasa arab ak dgn menterjemah artikel2 kat cni 2.untuk orang berubah dari kebaikan ke lagi baik....haaa..ntah betul x bahasa ak ni...heeee... k r...
last word frm me : " MAKE MY BLOG AS YOUR BRIDGE TO CHANGE "
barakallahufik man yakra' haza.....



sembaNg 2







free counters