alkisah pak pandir....

Cerita Pak Pandir

Dari seorang teman...Pak Pandir Stories 2

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?""Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.==================================

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis."Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."==================================

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?Penjual : Ada.Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......=================================

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...=================================

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..=================================

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia punKerani : Di faks ini ada setem.....==================================

pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....=================================

pak pandir: mak andih.. oo mak andih..mak andih : ya bang.. awat nya?pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas ktdapoq tu..mak andih : pisang tak masak lagi bang..pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?mak andih : ????=================================

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:"Panasnya dalam helikopter ini ...".Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."================================

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ..."Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"=================================

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ..."Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."=================================

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ..."Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

Pemimpin Arab bantu pulih Gaza


SEORANG lelaki meletakkan bendera Palestin di rumah keluarganya yang musnah.

Raja Abdullah umum sumbangan RM3.5b

BANDARAYA KUWAIT: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz semalam mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.5 bilion) bagi pembinaan semula Gaza yang musnah akibat serangan Israel.

"Bagi pihak rakyat Arab Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan AS$1 bilion bagi rancangan pembinaan semula Gaza," kata beliau pada pembukaan sesi sidang puncak Arab di Kuwait.

Sementara itu pemimpin Arab yang bermesyuarat untuk kali ketiga dalam tempoh lima hari semalam, dijangka bersetuju menyediakan pakej bantuan berjumlah AS$2 bilion (RM7 bilion) untuk membangun semula Gaza selepas serangan Israel selama tiga minggu.

Minggu lalu, Qatar mencadangkan penubuhan dana untuk Gaza dan menyumbang AS$250 juta (RM875 juta).

Percanggahan pendapat antara negara Arab mengenai bagaimana menangani tindakan Israel di Gaza menjadi isu utama perbincangan dalam sidang puncak itu yang pada awalnya hanya akan memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi.

SEORANG penduduk Palestin melihat rumah yang musnah dan ranap akibat serangan tentera Israel.

Pemimpin akan tetap membincangkan bagaimana menangani kesan kejatuhan harga minyak kepada dunia Arab, kemerosotan ekonomi dan tekanan kredit.

Bagaimanapun mereka juga dijadual menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan membincangkan rancangan menyediakan dana berjumlah AS$2 bilion (RM6.6 bilion) bagi membina semula Semenanjung Gaza selepas Israel dan Hamas mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak.

Peserta sidang Kuwait berharap mesyuarat akan merapatkan jurang perbezaan pendapat yang dihadapi dalam mesyuarat di Doha, apabila Qatar dan Mauritania membekukan hubungan dengan Israel dan Syria, sekali gus memusnahkan usaha rundingan damai tidak langsung mengenai Gaza.

Akhirnya.....

Israel gagal capai matlamat di Gaza







SEORANG kanak-kanak Palestin menangis berhampiran rumah keluarganya yang ranap.





Serangan dihenti selepas Zionis, Hamas setuju patuhi gencatan senjata secara bersendirian

BANDARAYA GAZA: Gaza mulai menikmati ketenangan bagi malam kedua semalam apabila askar Israel berundur selepas mengasak wilayah Palestin itu selama 22 hari, berikutan persetujuan rejim Yahudi itu dan Hamas untuk mengadakan gencatan senjata secara bersendirian.

Israel menyatakan ia berhasrat meninggalkan Gaza seberapa segera yang boleh selepas melakukan serangan maut paling dahsyat sehingga mengakibatkan kemusnahan teruk di Gaza, pertempuran yang disifatkan oleh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh sebagai 'kemenangan hebat'.

"Tuhan memberi kami kemenangan, bukan hanya untuk satu kumpulan, atau parti, atau kawasan, tapi untuk seluruh rakyat kami," kata Ismail, Perdana Menteri Hamas dalam perutusan menerusi televisyen.


"Kami sudah berjaya menghentikan serangan dan pihak musuh gagal mencapai matlamatnya," katanya.

Sementara itu di Tel Aviv, seorang Ahli Parlimen Israel, Yisrael Katz mengakui mengenai kegagalan serangan tentera Zionis itu ke atas Semenanjung Gaza, dan menegaskan bahawa Israel tidak mencapai matlamatnya dalam pertempuran yang mengakibatkan ratusan askarnya cedera.

FOUAD SAMONI meratapi kematian sepupunya, Walid Samoni dalam serangan Israel.

Katz berkata tindakan tentera di Gaza tidak berjaya selepas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengumumkan gencatan senjata bersendirian.

Negara Zionis itu juga tidak berjaya menghapuskan kekuatan kumpulan penentang Palestin mahupun mencapai hasratnya agar pembekalan senjata ke Gaza dihentikan.

Negara haram Zionis itu juga gagal membebaskan askarnya, Gilad Shalit, menurut sidang akhbar al-Qassam, sayap udara Hamas dalam laman webnya semalam.

Al-Qassam juga memetik akhbar The Observer di London sebagai melaporkan pertempuran di Gaza mengakibatkan kekalahan moral kepada negara Yahudi itu.

WANITA ini bersama anaknya di atas runtuhan rumah mereka.
Akhbar itu berpendapat konsep yang menyatakan kononnya masalah keselamatan dapat diselesaikan dengan cara kekerasan adalah khayalan pemikiran ahli politik Israel semata-mata.

Dalam pada itu anggota perubatan di Semenanjung Gaza mengambil kesempatan gencatan senjata untuk mencari mangsa di tempat yang sukar dicapai, dan mengeluarkan sekurang-kurangnya 98 mayat dari timbunan runtuhan, termasuk beberapa kanak-kanak.

Penemuan lebih banyak mangsa maut menjadikan jumlah mereka yang terkorban dalam serangan Israel itu sejak 27 Disember lalu kepada lebih 1,300 orang, kata pegawai perubatan.

'Israel gagal, Hamas bertahan'

DI SEBALIK kerancakan membedil Gaza dan membunuh penduduk Palestin dengan sewenang-wenangnya, pegawai kanan tentera Israel sebenarnya percaya negara itu perlu segera mencapai gencatan senjata dengan Hamas dan tidak melanjutkan serangan ke atas pergerakan itu.

Akhbar Haaretz melaporkan, walaupun tentera Yahudi sudah membuktikan kemampuannya melancarkan pembunuhan beramai-ramai berskala besar, ia juga terbukti gagal menghapuskan Hamas.

Pegawai tentera juga mengaku, kejayaan yang dicapai Israel dalam serangan yang masuk hari ke-21 itu cuma terhad di Gaza.


Jurucakap kumpulan pemikir Palestin, Gilad Atzmon, berkata pembunuhan penduduk awam menerusi serangan udara dan kapal perang serta imej penggunaan senjata kimia forforus jelas menunjukkan Israel gagal mencapai objektif mereka.

“Jeneral Israel memang baik dalam melakukan jenayah perang, tetapi mereka gagal dari segi lain. Ahli politik rejim itu pada awalnya bersumpah untuk memusnahkan Hamas tetapi kemudian merendahkan nada dengan cuma berjanji memusnahkan kawasan pelancaran roket pergerakan itu.

“Ia dibuat ketika memberi jaminan kepada pengundi Israel bahawa kali ini mereka akan berperang sehingga Hamas hancur. Nampaknya, mereka memungkiri janji sekali lagi,” kata Atzmon.

Beliau berkata, Hamas masih kukuh malah mendapat sokongan lebih padu daripada penduduk Palestin berbanding dulu.

“Mesej bertahan Hamas sudah tersebar ke seluruh dunia Islam. Minggu lalu saya berarak dengan kira-kira 100,000 penunjuk perasaan di London. Sokongan kepada Hamas begitu jelas. Ia tertera pada sepanduk, bendera, lilitan kepala dan pembesar suara.

“Hari ke-21 serangan dilancarkan, bukan hanya Hamas tidak dapat dikalahkan, kemampuan melancarkan

roket juga nampaknya tidak terjejas.

“Hari demi hari, pejuang Hamas semakin berjaya mengingatkan pendatang Yahudi di Ashdod, Ashkelon dan Sderot bahawa mereka sebenarnya menetap di atas tanah penduduk Israel yang dirampas. Berikan Hamas masa dan serangan peluru berpandu menjadi mesej ke setiap sudut tanah Palestin yang dirampas,” katanya.

Atzmon berkata, Israel kini terdesak mencari strategi keluar kerana Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, sedar tentera daratnya perlukan masa untuk mencapai matlamat sedangkan mereka memerlukannya dengan segera berdasarkan tindakan berkumpul di kawasan terbuka hingga terdedah kepada serangan Hamas.

“Israel terus gagal kerana sejak beberapa hari lalu, bilangan tenteranya yang maut semakin ramai dan usaha meningkatkan serangan di Gaza berdepan tentangan hebat,” katanya.

"Hari demi hari, pejuang Hamas semakin berjaya mengingatkan pendatang Yahudi di Ashdod, Ashkelon dan Sderot bahawa mereka sebenarnya menetap di atas tanah penduduk Palestin yang dirampas” Gilad Atzmon.

KRONOLOGI

27 Disember 2008: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Hamas di Semenanjung Gaza menerusi Operasi ‘Cast Lead ’dalam usaha menghalang serangan roket pejuang, termasuk mengebom terowong di sempadan Mesir-Gaza.

31 Disember: Roket dilancarkan dari Gaza mendarat lebih 40 kilometer di dalam wilayah Israel. Pegawai kanan Hamas, Nizar Riyan, gugur dalam serangan udara rejim Zionis keesokannya.

3 Januari 2009: Tentera darat Israel menceroboh Semenanjung Gaza, mengepung Bandaraya Gaza dan mengawal lebuh raya utama, membahagikan wilayah itu kepada dua bahagian. Dua hari kemudian, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, menolak desakan Kesatuan Eropah supaya mengadakan gencatan senjata segera.

6 Januari: Tentera Israel berkata tiga askarnya maut terkenal bedilan kereta kebal sendiri. Serangan Israel dekat tiga sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengorbankan 48 orang, kata pasukan perubatan sebelum menggantung sementara serangan untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza. Hamas berkata akan menghentikan serangan roket ke Israel jika serangan dihentikan.

8 Januari: Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi meluluskan gencatan senjata segera di Gaza yang membawa kepada ‘pengunduran sepenuhnya’ tentera Israel. Agensi utama PBB yang beroperasi di Gaza menggantung operasi selepas konvoi badan dunia itu dibedil peluru kereta kebal.

9 Januari: Bantahan anti-Israel diadakan di seluruh dunia Arab. Pusingan baru rundingan diplomatik dilancarkan di Kaherah, dengan Mesir menjadi hos rundingan berasingan dengan Presiden Mahmoud Abbas dan delegasi Hamas.

11 Januari: Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, berkata Israel menghampiri matlamatnya - tetapi pertempuran berterusan. Hamas semakin menghampiri kemenangan, kata ketua kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh.

14 Januari: Tiga roket dibedil ke utara Israel dari Lubnan dalam serangan kedua dalam masa tidak sampai seminggu. Tiada kematian dilaporkan.

15 Januari: Satu bahagian hospital di Bandaraya Gaza musnah diserang tentera Yahudi. Agensi PBB bagi pelarian Palestin menggantung operasi di Gaza selepas serangan Israel yang mencederakan tiga orang. Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam, gugur dalam serangan udara tentera rejim.

16 Januari: Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel sebagai pertukaran pengunduran tentera Yahudi dari Gaza dan menamatkan kepungan ke atas wilayah itu. Angka korban penduduk Palestin sejak 27 Disember mencecah sekurang-kurangnya 1,333 dengan 5,130 cedera, menurut pasukan perubatan Gaza.

Di pihak Israel, 10 anggota tentera dan tiga penduduk awam terbunuh. Pegawai pertahanan Israel, Amos Gilad, kembali ke Kaherah untuk rundingan gencatan senjata; Livni ke Washington. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, berkata gencatan senjata semakin hampir dicapai.

Azan tetap bergema di Gaza

Jemaah tidak gentar serangan bom Israel bersolat di atas runtuhan masjid


GAZA: Serangan udara bertali arus yang dilancarkan tentera Israel langsung tidak menakutkan penduduk Islam Palestin yang bergegas ke masjid sebaik mendengar azan dilaungkan untuk bersolat jemaah.

Walaupun sukar mendengar azan di tengah kebisingan pesawat tempur rejim Zionis yang berlegar, orang ramai membanjiri masjid di seluruh kawasan penempatan Sheikh Radwan di barat Gaza.


Dalam cuma beberapa minit, mereka bercampur dengan jemaah lain yang tidak gentar dengan pengeboman Israel.

“Sebaik mendengar azan, penduduk segera datang. Kami bersolat di atas runtuhan masjid ini,” kata imam masjid di kawasan penempatan itu.

Seperti yang lain, masjid Al-Taqwa hampir musnah selepas menjadi sasaran tentera Yahudi. Lebih 50 masjid dimusnahkan oleh Israel dalam serangan ke atas wilayah berpenduduk padat itu.

Serangan paling buruk ialah ke atas masjid Ibrahim Al-Maqadma ketika waktu solat, menyebabkan 16 jemaah gugur dan ramai lagi cedera.

Namun di seluruh Gaza, masjid yang dibom tetap berfungsi lima kali sehari.

“Pada hari serangan tentera rejim memusnahkan masjid, kami ketakutan tetapi mendengar laungan azan pagi berikutnya, semangat kami pulih kembali.

“Masjid akan tetap penuh tidak kira apa yang berlaku. Kami tidak akan membenarkan penceroboh mengosongkan ia,” kata imam masjid Kholafa Rashedeen di utara Gaza, Awad Al-Sha`er.

Seperti ramai jirannya, Abu Anas Al-Zaharna, berani mengharungi peluru tentera Israel setiap hari untuk ke masjid.

“Tinggal di rumah bukan jaminan nyawa akan selamat. Jika sudah sampai masanya, kita tetap akan mati,” katanya.

Masjid yang dibom mencabar mesin tentera Israel bukan hanya dengan menghimpunkan jemaah tetapi juga dengan membantu menyembuhkan kesakitan yang dirasai penduduk.

“Sejak perang bermula, masjid semakin tekad membantu penduduk,” kata imam masjid Al-Bukhari, Mohammed Ashour.

Seperti masjid lain di wilayah itu, Ashour mengetuai masjidnya melancarkan kempen mendekati keluarga yang memerlukan.

Sukarelawan melawat rumah di kawasan penempatan untuk menawarkan makanan dan minuman kepada keluarga yang kesukaran mendapatkan bekalan dalam suasana keperitan itu.